Thursday, January 14, 2021

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la skrol. Masa I ambik tu mungkin dia dah 2 bulan. I ambik dia Ogos 2020. So dah 4 bulan I jaga dia. Dia sihat, aktif tapi kesan daripada sakit mata tu, mata dia buta sebelah. As long as dia sihat. Tahun ni umur dia dah mencapai 8 bulan. I pulak duduk kampung, vet jauh gila. Dah la xde transport. Bulan 8 2020 ada booking dengan vet government tapi hampeh sampai sekarang tak call pun. 

Momo


Mandu

Abu

I ada 3 ekor kucing. Yang memang sedia ada kat rumah ni sekor Si Momo (jantan), Pak Abu (betina, I kutip bulan 8 tu, yang sakit mata) and Mandu (jantan, I kutip November 2020).  Kucing first yang  mandulkan ialah Momo. I buat kat veterinar swasta (01oktober 2020). Kos pemandulan dia RM90. Kucing jantan ni senang je jaga. Sebelum hantar pastikan puasakan kucing dulu. Pukul 10 malam stop bagi makan. Lepas ambik dia dari veterinar pun tak boleh bagi makan lagi. Momo tu I bagi makan 9 malam kot. Tp air bagi je air minum. 

I mandulkan Momo sebab dia start on heat cari girlfriend. Memancut and of course gaduh dengan jantan. Paling bimbang dia melintas jalan. Takut kena langgar. Alhamdulillah, lepas dimandulkan sikap dia berubah 100%. Duk rumah, makan and tidur je. Sekarang dah gemuk and takut orang sebab dah tak keluar jalan2.

So, Pak Abu and Mandu tu aku decided nak mandulkan jugak. Cuma pening sebab veterinar jauh kan. Minggu lepas ada sorang ni iklan yang dia ada buat servis hantar& ambik kucing untuk dimandulkan. Kebetulan area dekat je. Terus booking. Booking Rabu, Sabtu akan dimandulkan. Dia dah book veterinar pencen datang dekat area I untuk mandulkan kucing2 dia and stray cat jugak.

Harga bagi kucing jantan RM60 and kucing betina RM80. Upah hantar dan ambik RM20. Berpatutan kita duk rumah je. Dia ambik pukul 8 pagi and hantar pukul 4 petang. Masa dia hantar tu kucing aku masih belum sedar. Si Mandu sedar bila dengar suara aku. Pak Abu nk maghrib baru dia sedar. Bukan sedar sepenuhnya ya. Separuh sedar pun bukan cuma alert la. Pak Abu tu ambik masa lama gila untuk fully sedar. Keeseokan pagi baru dia sedar sepenuhnya. Tipulah tak bimbang. Mandu dalam pukul 8 malam dah sedar. Dah boleh makan macam biasa. Lega.

Cara penjagaan kucing lepas mandul taklah susah sangat. Kalau jantan sama je macam tak mandul sebab operate bahagian luar je kan. Kalau betina lambat sikit luka nak smbuh. Sebaiknya kurung and I kurung selama 3hari dalam cage yang lain. Malam keempat I dah bagi dia tidur sekali Momo and Mandu. 

Tapi kucing betina I hari kedua dah berlari. Adoiiii pening. I limitkan dia. I lepas dalam bilik je. So takde la melompat sana sini macam tak sakit weh. Nanti I share gambar yeeee. 

Hari pertama. Baru siap dimandulkan. Luka masih fresh lagi.

Hari ketiga. Dah kering sikit luka.

Hari kelima. Dh makin kering.


Unfortunately, hari keenam, Abu gigit luka dia yang kering, luka jadi berair. I terus pakaikan kon. Dh la diy sendiri hahahahahaha. Shopee pulak sampai lambat. Nk keluar kn PKP. Adoiii masa tu dh takut infection, dh la vet semua kena appointment.

I dah ketar lutut takut bernanah meletop @terbuka jahitan@ berdarah balik😭😹

Hari ketujuh. Alhamdulillah, dah kering and better dari sebelumnya. Lega weiiii. Rasa nk menangis bila luka dia berair. Bila pakai kon dia xboleh nk jilat la. I tak letak apa2 ubat sebab takde kat rumah. I beli kat shoper tapi belum sampai. Payung sebelum hujan. Kon pun I beli. Takut ape2 jadi. Tak kuat even kucing org buang, buta and hodoh pun. Sentimental value weh nk2 bila I jage sampai jadi gemuk and sihat camni😭😭😭

Fuhhhhhh, lega gila bila dah mandulkan semua kucing. Takdelah perangai kucing jantan menjerit nak cari bini, memancut, gaduh semua tu. Kucing betina pun dah takde meowwww meowww panggil jantan. Btw, Mandu and Pak Abu tu I mandulakan sebelum on heat. Lepas n takyah fikir dorang nak buat anak@ beranak. Cuma bagi makan je HIHIHI.

Ni yang jantan. Doctor ni belah satu je utk ambik testicles. I pun tak faham macam mana dia tarik sebab I dah cek memang satu je. Dia cukur sebelah je untuk operate.

Hari kedua dah cantik luka. Kucing jantan memang senang je jage. Biarkan je. Ahhahaahhaa tapi I kurung gak semalam. Memang malam2 dorang duk dlm cage😺

Pesan I, kalau taknak kucing bertambah sila mandulkan as soon as possible. Kecuali kalau you ada banyak space and duit ribu-ribu sebulan untuk jaga dorang. Yang penting jangan buang. Jangan ikut perangai jahat macam setan. Byeee.....


Mata dia memang tak ttup yang buta tu. Haritu cantik je pastu makin lame makin membengkak. Bila sentuh tak sakit. Sekarang okay je. Tak membesar dh. Semoga terus sihat🤍🖤

6 comments:

  1. Boleh bagi location klinik di Mana tu

    ReplyDelete
  2. Blh bg location kt mn klinik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Ni mandul dekat doktor haiwan kerajaan yang dah pencen.

      Delete
  3. Hi, boleh bagi contact org yg servis ambil dan hantar kucing ti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa sori. Dia buat ni kadang2 je. Sebab dia ada kerja hakiki sebagai guru dekat negeri berbeza

      Delete
  4. Haii pandawhale, tq sharing info :)

    ReplyDelete

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la ...