Hai assalamualaikum. Dah la gile tak buka blog. Allahuakbar. Busy sangat kan dengan hal dunia. Padahal xde mood. And busy jugak la. Busy berkebun and rawat kucing. Harini aku nak share mcm mana nak rawat kucing yang sakit mata. Ni cara aku yang kekangan duit dan dan ruang utk ke veterinar. Kalau ada duit dan peluang pergilah veterinar. Lagi efisien even perlukan duit😊
Citernya macam ni. Jiran aku mengadu ada orang buang kitten dekat rumah dia and kitten tu sakit mata. Mata hampir pecah bernanah. Aku ni memang pantang kalau kucing sakit. Jadi kesian weh. Aku nk ckp cat lover ni takdelah sgt. Tp aku mudah kesian kat kucing. Petang tu aku pergi ambik la kucing tu. Masa tu kesian gila. Kucing tu duduk bawah motor. Lemah je. Dengan mata nk terkeluar. Btw, umur kitten dlm 2/3 bulan cmtu kot.
Sampai je rumah aku terus cuci mata dia. Letak ubat and bagi makan. Masa tu bg kibbles Equilibrio Kitten. Tp 2 hari je mkn lepas tu dia tak suka. Aku terpaksa gaulkan kibbles dengan ikan. Sebab aku ambik dah petang aku just biarkan dia biasa dengan bau dan kawasan rumah aku.
25 Ogos 2020
Sebelum aku ambik
Selepas aku lap mata and muka. Muka dia penuh dengan kotoran. Entah apa bende. Mcm tahi mata yg dah keras bercampur bulu& tanah.
26 Ogos 2020. Cage baru sampai. Macam mana eh kalau yang buang dia tengok kehidupan dia sekarang😼
Masa ni mcm lagi kibbles Equilibrio Kitten. Lepas 2 hari kau memilih ye. Tak sedor diri.
28 Ogos 2020. Tersembur biji mata😭
30 Ogos
Dia tidur mata tertutup satu, mata terbuka satu😂
Dah boleh tutup dengan tgn aku. Semakin kurang bengkak
Dah cuci gigi. Gigi dia memang teruk sebab dia makan apa entah. Aku lap gigi and gusi dia dengan tisu. Gigi dia dh reput. Masa aku lap habis berdarah gusi.
8 September 2020
Dah menjerit engkauuuuu
10 September 2020. Dh cantik dah mata. Tp x okay lg sebenarnya. Masih ada selaput.
Ni gambar hari kedua. Kesian betul. Aku dah sediakan tempat lain tp dia nak tido sini nk buat camnoooooo.
Aishhhh dah panjang aku berceritaz berpuluh gambar aku upload. Hihi. Kan tak ingat nak share mcm mana nak rawat mata mata tersembul dia.
1) Aku lap mata dia. And lap muka dia. Buang kotoran kat situ. And aku letak ubat. Aku share gambar ubat. Lap mata tiap kali ada tahi mata. Sebab mata dia bengkak, so tahi mata mata dia selalu keluar.
2)Sebab dia tersangat kotor dan busuk, aku mandikan dia. Mandikan pun salah satu step sbb taknak badan dia kotor. Kotor2 nanti lagi teruk mata mata dia. Hari kedua aku mandikan dia.
Ni haaa ubat yg aku guna untuk letak kat mata dia. Harga kurang RM10. Aku beli kat shopee. Rasanya kat farmasi biasa pun ada🥰
Ni link shopee:
https://shopee.com.my/product/21226016/2521206736?smtt=0.0.9
Dah selesa. Cukup makan minum😽
Betina tp nama Pok Abu ahahhaha
Tu je la sharing aku petang ni. Nanti aku nk share ape benda yg owner kucing perlukan. Haritu dah pernah tulis tp lepas setahun rasanya ada benda yang perlu update🥰 Malam nanti aku tulis ya.
Macam mana dia sekarang?
ReplyDeleteDah okay tp buta sebelah mata. Dah mandulakan 9 January 2021 haritu☺️
Delete