Agak lama aku mendiamkan diri dalam blog kan. Selain daripada malas bertingkat- tingkat, aku busy sebenarnya. Busy dengan kucing dan berkebun. Haaa nampak tak? Aku dah tambah hobi aku. Kucing+ masak dan berkebun. Berkebun tu hobi lame tapi baru direalisasikan.
Aku ni duk kat kampung so cara berkebun pun kampung lah. Takda pasu yang vasssss. Guma guna apa yang ada. Plastik beras, bekas cat, bekas sabun. Ahakkkk asal jadi je kan😆
Asalnya, tanah rumah aku sangat tak subur. Kalau tanam kangkung memang tak hidup. Tanah keras. Dengan cuaca panas memang tak jalan la. Dah banyak kali aku tanam still takde hasil. Sekarang nk pun takde hasil lagi tapi ada lah sedikit peningkatan even baru sebulan berjinak jinak🤪
Aku tak pandai lagi berkebun. Bukan professional. Bukan reti sangat. Tapi semangat nak share tu berkobar-kobar. Gituuuuu. Seperti yang aku mention kat atas, aku ada masalah tanah. Tanah depan rumah keras dan tak subur, tanah belakang rumah berpaya.
Aku tak guna 💯 tanah hitam or tanah berbaja dekat nurseri. Tak mampu. Kalau mampu boleh beli tanah tu. Rezeki aku, ada jiran nampak aku macam nak start menanam kan, dia offee tanah hitam kat rumah dia. Aku pun apelagi, angkut 3 baldi dengan motor. Tapi 3 baldi manalah cukup untuk tanam pokok2 idaman aku.
Cara aku ialah campur tanah. Aku ambik tanah paya belakang rumah campur dengan tanah hitam. Nisbah campuran 1:1. Contoh, tanah paya 1 baldi+ tanah hitam 1 baldi. Nk jimat kan.
💯 tanah paya
50% tanah paya+50% tanah hitam
Jadi la macam ni. Tak hitam sangat tak coklat sangat. Sedang2 sahaja.
Kat bawah ni aku share beberapa pokok aku yang berumur 4-5 hari menggunakan tanah ni. Tadi aku cakap aku berkebun dah sebulan. Time aku aku tengah eksperimen tanah. Ada pokok yang mati, ada yang hidup segan mati takmauuu.
Kangkung 5 hari
Kangkung 4 hari. Aku guna keratan batang je. Takde biji benih musim PKP ni. Guna apa yang ada.
Serai. Serai ni aku gembur2 tanah yang dah ada pastu letak tanah hitam kat tepi2 tu. Tanah original tu keras so kene gembur and siram sekali sehari. Baru akar dia bebas.
Beza kan gambar betik yang atas dengan yang ni. Yang ni ambik gambar td, yang atas seminggu lepas.
Ni lada mak aku. Bangga dia lada dia gemok.
Btw, tak semestinye kena guna tanah paya. Guna je tanah yang ada. Cuma kena gembur and siram selalu. Kalau mampu lebihkan tanah hitam. Kalau mampu lagi, guna tanah hitam sepenuhnya. Setakat ni aku tak guna baja lagi. Cuma kadang2 siram dengan air basuhan beras.
Kangkung anak sulung. First ambik ni. Ni tanam tepi paya🥴
Okayyu tu je. Nk bagi kucing makan lak🤪 Jumpa lagi edisi seterusnya 😊
No comments:
Post a Comment