Saturday, July 21, 2018

Resepi Rendang Daging and Daging Masak Merah Simple.

Assalamualaikum and hey everyone😀. How are you? I hope all of you sihat belaka. Actually, I am not well because flu and cough keep jealous with me. Kadang-kadang sakit kepala on off mungkin sebab makan durian banyak sangat. Kalau sakit kepala sebab durian xpe as long as I enjoy them. Haha. I think I got headache because cuaca yang tak menentu. Kat rumah aku ni siang panas gila, malam sejuk gila. So, badan takleh nak adapt dengan perubahan cuaca.

Even though kurang sihat, selera makan aku tak pernah kurang. As I mention in previous blog, masa  cuti aku nak masak kan. So, semalam aku and mak masak 3 menu iaitu ketupat dakap(org ganu paggil), rendang daging and daging masak merah. But, ketupat tu mak aku masak, so aku malas la nk cerita hahaha walaupun senang je. Menu macam rendang ni nampak complicated tapi sebenarnye simple and easy as ABC je. And daging masak merah tu memang menu common tapi saja aku nak share.So, fokus hari ni rendang daging and daging masak merah je. Here we go.

RENDANG DAGING



BAHAN( aku ikut turutan untuk masak)
1. Daging 1/2 kg ( aku bli daging fresh so RM15)
2. Bawang merah 10 ulas (aku letak agak banyak sebab nak cicah ketupat)
3. Bawang putih 5 ulas
4. Halia 1 inci
5. Ladang kering yg di blend 5 biji ( aku letak sikit je sebab taknak rendang jadi merah)
6. Rempah rendang adabi ( guna separuh paket paling kecik, tapi kalau nak letak semua pum boleh, ikut citarasa masing-masing)
7. Serai 5 batang ( ketuk sikit)
8. Garam, gula, serbuk perasa secukup raya
9. Daun kunyit sehelai
10. Minyak masak setengah cawan
11. Santan daripada sebiji kelapa. Kalau guna santan kotak memadai sekotak kecik


STEP:
1. Panaskan minyak. Tunggu hingga minyak panas
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia yang telah diblend. Masak sehingga semua bahan menjadi agak garing, Aku prefer tak campur bahan ni dengan lada kering. Aku tunggu bawang semua masak dulu. Tapi ikut citarasa sendiri. Jangan terikat dengan satu resepi.
3. Lepas bawang masak, masukkan lada kering yang telah di blend. Masak sehingga garing dan tambah air, tunggu garing sekali lagi.
4. Masukkan serai, rempah rendang, garam, gula, perasa. Tambah air jika perlu
5. Masukkan daging dan tunggu sehingga agak garing
6. Masukkan santan dan tunggu sehingga santan kering dan pecah minyak
7. Tambah garam, gula, perasa jika perlu
8. Tutup api bila rendang dah masak dan tabur daun kunyit yang telah dihiris nipis.

* Bagi aku tanpa daun kunyit, rendang takkan jadi rendang.Bau kunyit sangat membangkitkan rasa rendang.


DAGING MASAK MERAH




BAHAN:
1. Daging segar 1/2 kg
2. Bawang merah 7 ulas
3. Bawang putih 3 ulas
4. Lada kering di blend 15 biji
5. Garam, gula, perasa
6. Sos tiram 1 sudu
7. Bawang holland sebiji
8. Minyak masak setengah cawan
9. Halia 1 inci

STEP:
1. Panaskan minyak. Tunggu sehingga betul-betul masak.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia yg diblend dan kacau sehingga bahan tumis masak.
3. Masukkan lada kering yang diblend. Masak sehingga keing dan tambah air suku cawan. Keringkan air sekali lagi. 
4. Tambah garam, gula, perasa secukupnya 
5. Masukkan daging, Tambah sedikit air dan biarkan masak dan pecah minyak
6. Bila dah masak, masukkan bawang holland kacau selama 2 minit dan sedia untuk dihidang

* lada kering tu sama dengan cili kering. Lain tempat lain nama panggilan kan. 

Haaaa, tu ketupat dakap. Makan dengan rendang daging and daging masak merah. Sedappp.

Okay, penat gak menulis resepi. Tadi taip dekat lappy sekarang pindah kat fon. Aku takde lah pandai masak tapi yang simple macam ni boleh la.  Sedap dan insyaAllah boleh repeat buat. And mintak maaflah gambar dalam kuali. Tak sempat nk pindahkan dalam pinggan, semua dah berebut nak makan. Heeee. Tu je la untuk hari ni. Harap korang semua sudi la guna resepi aku tu. Haa, tips dia nak masakan sedap pastikan bahan tumis tu betul-betul masak. Tu jela untuk malam ni. Bila aku free nanti, aku update macam mana nak masak nasi ayam, nasi lemak, mee kari and banyak lagi. Stay tune. 

Goodnight.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la ...