Alang- alang free ni meh aku citer pasal aku ade bela sekor anak kucing yg mungkin berumur 2 bulan pada 22/08/2019 @ 8 hari lepas😊 Baru 9 hari rasa macam nk gila.
Oe
Citernye camni, aku ni biasa la pagi2 pukul 7 aku sediakan kibbles utk kucing2 yang kucintai. Yelah si ibu tu kn breastfeed. Mestilah kene cukup makan minum. Nanti tak cukup zat. So, tengah aku sediakan makanan dekat dorang tibe2 aku dengar si Mandu ni jerit2. Aku pum pergilah dekat dia. Dia dekat depan rumah, tp longkang. Eh kt tepi dia ada kucing kurus kering. Dh la warna sama, aku pulak rabun, lambat lerr nk perasan.
Ni lah si Mandu tu. Baru 6 bulan tp gemokkkkkk
Bila aku nampak kucing yg kene buang tu aku cepat2 la amik bawak masuk rumah. Kebetulan masa tu aku memang baru siap rebus ikan utk kucing, so aku terus bagi seketul ikan. Dia makan siap berbunyi lagi. Lepas tu aku bg la makan nasi campur ikan. Td tak sempat nk gaul2 semua sbb kesian lapar sangat. Lepas je dia makan nasi aku terus mandikan. Masa mandikan tu aku terkejut sebab banyak gila333 kutu. Dh la kurus kering xde isi. Kutu pulak hisap darah.
Btw, aku rasa dah lama kena buang tp Si Leo tu baru 'terdatang' rumah aku. Takkan la tuan dia buang masa kurus mcm tu. Rasanya dia masih menyusu. Dah la kot dia struggle dekat masjid tp rumah aku ni. Kesiannn. Tp Leo ni mcm takleh control nk pee pee or poo poo. Dia pee pee atas kali aku sekali, bantal mak aku 2 kali. Mengamuk org tua tu.
Actually , kucing aku berak dalam pasir tanah je sbb aku duk kampung. Belambak port kucing nk berak. Tp kan kucing aku sekor tu baru beranak. Aku letak dlm cage sbb taknak dia alih anak. So aku sementara anak dia masih dalam cage aku nk train anak dia berak dalam cat litter. That's why aku aku beli cat litter sikit 5L camtulah. Aku try la amik cat litter tu sikit pastu letak la dlm bekas pastu amik Leo kurung dia dengan litter tu bawah bakul. Eh dia berak dalam litter. So lepas2 tu dia mmg akan pergi dekat litter tu tu kalau nk melepaskan hajat.
Sambungggggg hahahaha
Kucing2 aku takde kutu sebab aku mmg ambik berat bab2 ni. Mase mandikan aku try la bunuh kutu tu tp x sanggup sbb geli dah la byk. Berpuluh ekor. Lepas mandi aku terus lapkan badan dia depan kipas. Dah kering aku titiskan ubat kutu dekat atas tekak. Ubat tu aku beli kt shopee RM2.70 satu. Boleh la utk 3-5 ekor kucing yg kecik2. Kalau saiz Leo mmg 5 ekor la.
Lepas letak ubat kutu tu, aku kurung bawah bakul. Taknak berjangkit dengan kucing2 lain. 2 jam lepas tu kutu pum hilang. Mati kerass😂
Ni baru jumpa terus bg ikan
2 hari dia kat rumah aku, dia makan byk gileðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ Aku pum tak sabor nk gemokkan diam. Tulah, aku pum kerje makan je. Kucing aku pum 2x5 lah. Tak gituuuwww. Aku bg makan cam bese la. Cuma kucing lain tak biasa lg dengan kehadiran dia. Yg kelakarnya dia yang 'hiss' dekat kucing lain. Kucing lain mengalah je mampu😜
Ni first day. Dah siap mandi. Dia cari cari port utk die tidoooo. Cantikkan bulu dia tp sebab xde zat terus xcantik.
Tp 2 hari lepas tu, Leo start x sihat. Aku perasan masa petang tu dia xmakan. Memang x sentuh langsung makan. Aku dah start bimbang. Tp okay la sebab tengahari dia mkan. At least dia mampu bertahan. Malam tu aku cari tp tak jumpa. Pg esoknya aku ternampak dia tido dalam plastik yg disangkut macam mana dia masuk tahh
Ni 24/08/2019. Memang nampak x sihat.
Keesokan harinya aku bagi dia minum susu guna sryinge. Nasib baik aku aku beli susu kucing dekat shopee. Cukup la sehari. Masa ni okay lg dia telan lg. Lepas tu hari isnin aku beli susu tepung sebab yg tu dh habis.
RM13 untuk 250gram. Mahal kn. Yelah satu je petshop kat kawasan aku ni. Dah la xde pilihan ni je ade. Jenama ni sesuai utk semua umur kucing.
Dia start xde selere 24hb tp aku start force feeding dia 25hb sehingga 29hb. Kritikal 3 hari. 26 hingga 28. Dia langsung taknak telan susu. Aku paksa gak. Nak buat camne kene pakse sebab kalau x makan mmg xde harapan. Jadual aku bg susu iala 7pg, 10pg, 1 ptg, 4 ptg and 8 malam sekurang kurangnya 5ml. Tiap kali nk bg susu aku panaskan air hingga suam.
25/08/2019. Nampak mcm sihat tp sebenarnya takkk
25 hb tu dia muntah wei. Muntah keluar susu. Memang sgt kesian. 26hb pakej kencing atas bantal mak aku. Pastu muntah kat dapur. Sebab aku xde kt rumah mak aku yg basuh. Dia terpaksa hahahahah padan muka😜😜😜
26/08/2019 adui aku pum x fhm kenapa dia duduk celah pokok bayam. Tp aku lg x fhm kenapa bayam tu tumbuh kat tepi tangga😂 Tengok la muka x larat tu.
Lepas tu die memang xde selera. Aku force-feeding dia ludah. Aku terpakse masukkan sryinge dalam tekak dia. Lepas tu pegang mulut die. Memang la bimbang. Aku taknak dia matiðŸ˜
27/08/2019. Ni la tempat dia tido. Even aku dah sediakan tempat.
27/08/2019. Force-feeding sebelum tido
28/08/2019. Adui krus kering. Nanti orang ingat aku x bagi makan
28/08/2019
28/08/2019. Aku ajak dia jalan2.
Selepas beberapa hari tersiksa dengan perangai Leo, 29hb tu dia dh start meow2 tiap kali nampak aku. Aku bg susu pum dia mcm nk telan. Aku lega. Tengahari tu aku makan nasi+ ikan bakar. Leo berbunyi. Aku pum bg ikan. Dia telan sikit gile. Tp at least dia ada selera. Aku continue feed dia susu. Nampak la dia telan. Berbanding hari sebelumnya.
29/08/2019 Ni dia mkn secubit je
Ni petang teman aku sapu sampah. Masa ni dah nampak semakin pulih. Sbb dia dah ada mood nak jalan. Selama ni tidooo jeeee
30hb pg2 aku dh bangun. Aku keluar rumah. Leo dah berbunyi bising tengok aku. Aku rebus ikan. Bg dia sikit. Alhamdulillah, dia makan. Lepas tu dia mintak lagi. Aku bagi lagi, aku bg ayam rebus and smartheart wetfood. Banyak gila dia makan. Alhamdulillah. Btw, sepanjang aku aku force-feeding dia tu, aku ada bagi ubat cacing sikitttt je. Sebab dia kurus sgt. Lgpun mak aku ckp mungkin sbb cacing dia muntah2.
Leo makan banyak. Tengok la perut dia. Sebelum ni kosong. Aku try pegang perut dia siap bersentuh lg jari aku antara satu sama lain. Kosong perut.
Leo tido dengan aku. Dah sihat eh sayang?
Aku tetap bg susu 2kali hari even dia dah makan. Tp malam aku dh x bagi sebab dia dah makan banyak. Alhamdulillah, x sia-sia usaha aku beli susu. Actually aku ade botol susu kucing tp kalau kucing xde selera makan memang tak membantu sebab dia takkan hisap. Aku guna sryinge.
Sryinge RM0.70 beli kat shopee. Aku beli sekali dengan ubat cacing and sebagainya. Sangat membantu. Tp kalau nk guna dalam masa yang panjang, beli la yang mahal dan dan berkualiti sikit.
Okay dah story pasal Leo. Aku harap die terus sihat. Jangan la sakit lagi. Kesian aku tengok😥 Nanti dia dah gemuk& gebu aku update lagi☺️
No comments:
Post a Comment