Friday, August 30, 2019

LABU TUMIS AIR CAMPAK SEMUANYA

Hello....
Sebagai penganggur berhemah hari ni aku nak share satu resepi senang untuk bujang mcm aku or untuk pasangan tercinta.  Bahan-bahan pun mudah je iaitu labu tumis airrr. Ni resepi untuk 2 orang makan. Tu pum kalau tak makan byk. Aku makan banyak so ni untuk aku sorang. 


Bahan-bahan:

🦜 Labu air ( 15 keping, hiris mcm dlm gambar @ preference masing-masing)
🦜 Ikan selayang seekor ( hiris mcm dalam gambar or suka hati nk hancurkan ke, nk buat bulat2 ke)
🦜 Bawang merah seulas (mayang)
🦜 Bawang putih 4ulas ( diketuk)
🦜 Daun kesum 5 tangkai
🦜 Daun kemangi 5 tangkai
🦜 Cili burung 5 biji ( dimayang)
🦜Garam, perasa secukupnya
🦜Air secukupnya

Cara-cara:

🌚Ambil periuk. Masukkan semua bahan. Rebus sehingga masak. Labu dan daun kesum mestilah empuk. Ikan selayang mestilah masak. Cukup rasa dan sedia untuk dihidang☺️

Kalau tak suka ikan selayang, boleh masukkan ikan bilis, atau kiub ayam @ kiub ikan bilis. Atas preference masing-masing. Fungsi bahan ni untuk menambah rasa rasa manis kepada kuah tersebut.

Haaa, satu lagi kalau tak suka daun kesum dan daun kemangi boleh skip je bahan tu. Aku suka sebab bau wangi.

Walaupun panas sebab baru masuk, aku tetap gigih nak ambik gambar😆😅


Senangkan resepi ni. Untuk org malas atau nak cepat memang sangat sesuai. Makan bersama nasi dan telur dadar @ ikan goreng @ ayam goreng boleh bertambah nasi.

Selamat mencuba🥰🥰🥰

No comments:

Post a Comment

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la ...