Assalamualaikum.............
Hai. Dah lama tak tulis blog. Rindu sebenarnya tapi apakan daya. Pemalas. Tapi hari ni takleh bendung dah rasa rindu dekat log. Rindu nak menulis. Terutamanya resepi. Hari ni nak share resepi sambal sotong senang sgt sesuai untuk bujang dan yang dah ada pasangan.
6) Dah siap! Sedia untuk dihidang๐๐
Lighting cantik. Ihik. Makan simple macam ni je. Sedap. Alhamdulillah sedap๐
Bahan-bahan:
1/2KG sotong
Bawang merah 5 ulas*
Bawang putih 3 ulas*
Halia 1/2 inci*
Cili kisar 2 sudu
Garam
Serbuk perasa jika mahu
Gula/Gula melaka jika mahu
Sos plum jika ada
Minyak masak
*kisar bahan bertanda
* sotong digoreng sebentar di dalam kuali tanpa minyak untung menghilangkan bau dan air sotong (ikut selera masing-masing)
Cara-cara:
1) Panaskan minyak secukupnya
2) Tumis bahan bertanda sehingga masak dan pecah minyak
3) Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Jika sambal sudah pecah minyak masukkan sedikit air dan tunggu pecah minyak lagi. Ulang step ni sehingga dua hingga tiga kali untuk mendapatkan sambal yang sedap.
4) Apabila sambal pecah minyak masukkan sos plum, garam, serbuk perasa, gula. Ni semua tak wajib. Kalau tak suka sambal yang manis tak payah tambah gula melaka. Takde sos plum pum takpe. Nak letak sos cili/ tomato pum takpe. Resepi ni fleksibel okay. Atas keselesaan masing-masing.
5) Masukkan sotong. Kacau rata dan tunggu sotong masak dalam 5-7minit. Masak sotong tak perlu lama. Nanti liat macam makan getah selipar.6) Dah siap! Sedia untuk dihidang๐๐
Lighting cantik. Ihik. Makan simple macam ni je. Sedap. Alhamdulillah sedap๐
No comments:
Post a Comment