Thursday, January 14, 2021

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la skrol. Masa I ambik tu mungkin dia dah 2 bulan. I ambik dia Ogos 2020. So dah 4 bulan I jaga dia. Dia sihat, aktif tapi kesan daripada sakit mata tu, mata dia buta sebelah. As long as dia sihat. Tahun ni umur dia dah mencapai 8 bulan. I pulak duduk kampung, vet jauh gila. Dah la xde transport. Bulan 8 2020 ada booking dengan vet government tapi hampeh sampai sekarang tak call pun. 

Momo


Mandu

Abu

I ada 3 ekor kucing. Yang memang sedia ada kat rumah ni sekor Si Momo (jantan), Pak Abu (betina, I kutip bulan 8 tu, yang sakit mata) and Mandu (jantan, I kutip November 2020).  Kucing first yang  mandulkan ialah Momo. I buat kat veterinar swasta (01oktober 2020). Kos pemandulan dia RM90. Kucing jantan ni senang je jaga. Sebelum hantar pastikan puasakan kucing dulu. Pukul 10 malam stop bagi makan. Lepas ambik dia dari veterinar pun tak boleh bagi makan lagi. Momo tu I bagi makan 9 malam kot. Tp air bagi je air minum. 

I mandulkan Momo sebab dia start on heat cari girlfriend. Memancut and of course gaduh dengan jantan. Paling bimbang dia melintas jalan. Takut kena langgar. Alhamdulillah, lepas dimandulkan sikap dia berubah 100%. Duk rumah, makan and tidur je. Sekarang dah gemuk and takut orang sebab dah tak keluar jalan2.

So, Pak Abu and Mandu tu aku decided nak mandulkan jugak. Cuma pening sebab veterinar jauh kan. Minggu lepas ada sorang ni iklan yang dia ada buat servis hantar& ambik kucing untuk dimandulkan. Kebetulan area dekat je. Terus booking. Booking Rabu, Sabtu akan dimandulkan. Dia dah book veterinar pencen datang dekat area I untuk mandulkan kucing2 dia and stray cat jugak.

Harga bagi kucing jantan RM60 and kucing betina RM80. Upah hantar dan ambik RM20. Berpatutan kita duk rumah je. Dia ambik pukul 8 pagi and hantar pukul 4 petang. Masa dia hantar tu kucing aku masih belum sedar. Si Mandu sedar bila dengar suara aku. Pak Abu nk maghrib baru dia sedar. Bukan sedar sepenuhnya ya. Separuh sedar pun bukan cuma alert la. Pak Abu tu ambik masa lama gila untuk fully sedar. Keeseokan pagi baru dia sedar sepenuhnya. Tipulah tak bimbang. Mandu dalam pukul 8 malam dah sedar. Dah boleh makan macam biasa. Lega.

Cara penjagaan kucing lepas mandul taklah susah sangat. Kalau jantan sama je macam tak mandul sebab operate bahagian luar je kan. Kalau betina lambat sikit luka nak smbuh. Sebaiknya kurung and I kurung selama 3hari dalam cage yang lain. Malam keempat I dah bagi dia tidur sekali Momo and Mandu. 

Tapi kucing betina I hari kedua dah berlari. Adoiiii pening. I limitkan dia. I lepas dalam bilik je. So takde la melompat sana sini macam tak sakit weh. Nanti I share gambar yeeee. 

Hari pertama. Baru siap dimandulkan. Luka masih fresh lagi.

Hari ketiga. Dah kering sikit luka.

Hari kelima. Dh makin kering.


Unfortunately, hari keenam, Abu gigit luka dia yang kering, luka jadi berair. I terus pakaikan kon. Dh la diy sendiri hahahahahaha. Shopee pulak sampai lambat. Nk keluar kn PKP. Adoiii masa tu dh takut infection, dh la vet semua kena appointment.

I dah ketar lutut takut bernanah meletop @terbuka jahitan@ berdarah balik😭😹

Hari ketujuh. Alhamdulillah, dah kering and better dari sebelumnya. Lega weiiii. Rasa nk menangis bila luka dia berair. Bila pakai kon dia xboleh nk jilat la. I tak letak apa2 ubat sebab takde kat rumah. I beli kat shoper tapi belum sampai. Payung sebelum hujan. Kon pun I beli. Takut ape2 jadi. Tak kuat even kucing org buang, buta and hodoh pun. Sentimental value weh nk2 bila I jage sampai jadi gemuk and sihat camni😭😭😭

Fuhhhhhh, lega gila bila dah mandulkan semua kucing. Takdelah perangai kucing jantan menjerit nak cari bini, memancut, gaduh semua tu. Kucing betina pun dah takde meowwww meowww panggil jantan. Btw, Mandu and Pak Abu tu I mandulakan sebelum on heat. Lepas n takyah fikir dorang nak buat anak@ beranak. Cuma bagi makan je HIHIHI.

Ni yang jantan. Doctor ni belah satu je utk ambik testicles. I pun tak faham macam mana dia tarik sebab I dah cek memang satu je. Dia cukur sebelah je untuk operate.

Hari kedua dah cantik luka. Kucing jantan memang senang je jage. Biarkan je. Ahhahaahhaa tapi I kurung gak semalam. Memang malam2 dorang duk dlm cage😺

Pesan I, kalau taknak kucing bertambah sila mandulkan as soon as possible. Kecuali kalau you ada banyak space and duit ribu-ribu sebulan untuk jaga dorang. Yang penting jangan buang. Jangan ikut perangai jahat macam setan. Byeee.....


Mata dia memang tak ttup yang buta tu. Haritu cantik je pastu makin lame makin membengkak. Bila sentuh tak sakit. Sekarang okay je. Tak membesar dh. Semoga terus sihat🤍🖤

Monday, September 14, 2020

Jenis makanan kucing: Makanan Kering Untuk Kucing (2020 Edition)

 Assalamualaikum semua. Kali ni aku nak share makanan kucing yang aku guna untuk kucing aku. Haritu dah pernah share tapi tak fokus sangat. Untuk blog kali ni insyaallah aku share secara lebih mendalam.Doakan aku rajin menaip ya. Nk taip blog ni perlukan masa actually tp hobi aku memang menulis ( even kadang2 malas). Hahaha. 

Tahun 2019 aku just bela kucing camtu je. Sayang memang sayang tp xde la study sgt pasal makanan kucing. Satu lagi kekangan kewangan so tak fokus sangat. Tahun 2020 ni aku study agak banyak berkenaan dengan makanan kucing. Tak la sehebat orang lain tapi bolehlah berkongsi dalam blog yang serba kurang ni. Tujuan aku guna kibbles sebab haritu aku bagi ikan and nasi kan. 2 bahan tu still cost consuming and time consuming. So, aku malas. Guna kibbles je senang.

Apa yang aku tahu makanan kucing ni banyak jenis dan level. Holistic, grain free, super premium, premium and yg jual kat supermarket. Buat masa sekarang aku guna kibble super premium and premium. Jenis kibbles ni korang boleh search je kt google/ shopee. Contoh kibble super premium yang aku pernah beli ialah Leonardo Adult Complete 32/16 and Egocat Weight. Premium pulak macam-macam. Royal canin fit 32, Brit Care Sunny, Brit Care Cocco, Egocat Salmon, Equilibro Kitten. Kibbles supermarket memang kucing aku tak pandang lerrrrr. Misha, Me-O and Carrys. Last2 bagi kat stray cat. 

Antara jenis kibbles yang aku sebut kucing aku suka yang Egocat. RC Fit 32 and Brit Cocco tu okay gak. Aku try macam2 kibbles tp kucing aku still suka ikan. Aku cuma bagi ikan seminggu sekali je buat masa sekarang. Even dorang tak suka sangat kibbles, dorang tetap makan time lapor. Badan pun okay. Yang penting poopoo pun okay. Ni antara kibbles yg aku pernah guna: 


Aku baru tahu yang Brit Care Cocco tu grain free which is bagus gilerrr. Kucing aku nampaknya suka gak yg ni.


Untuk bulan ni aku beli brand ni. Downgrade sebab duit kurang. Lagipun yang mahal dorang memilih jugak😝 Dorang suka yg egocat. Yang belif tak try la. Harap dorang suka la. Sebab Belif tu pun okay sebenarnya.

Kesimpulan daripada bebelan aku kat atas ialah lepas ni aku akan repeat Brit Care Cocco tp poopoo agak berbau sbb kibbles ni berbau. Selain tu, aku akan repeat RC FIT 32 and of course egocat. Kibbles egocat tu xde bau langsung. Btw, yg Leonardo tu sgt bagus tp tu la kucing aku tak suka. Tp kucing kat masjid yg aku bg makan tiap hari suka je. Eh, satu lagi kalau ada rezeki lebih aku nk try gak beli Egocat weight Super Premium.
1) Egocat Weight Super Premium: RM19/KG
2) Egocat Salmon Premium: RM12/KG
3) Royal Canin Fit32: RM19.50/KG
4) Brit Care Cocco: RM19/KG

Btw, setiap kucing lain seleranya. Tak semestinya kucing aku suka, kucing orang lain suka. Kena banyak study la yee. Kat bawah nanti aku bagi link kedai kt shopee yang dah jadi feveret aku:

1) https://shopee.com.my/petlah.mart?smtt=0.0.9
2) https://shopee.com.my/cfoong?smtt=0.0.9

Aku pun taktahu apebende isi/ content blog aku kali nk. Harap korang dapat la ilmu sedikit sebanyak. Kucing aku kucing kampung je,nk ikan je. Aku pun xdenya nk ajor kucing aku makan mahal2. Kalau ada rezeki boleh la.

Bulu dada😝

Camnilah lepas 2 bulan makan kibbles. Kucing aku memang jenis kecik. Setahun sebulan kecik je. Nanti blog seterusnya aku share makanan basah/ wetfood dorang pulak. Blog aku ni untuk suka2 je. Bukan nk mengajar cuma nk share je. Enjoy💕🥰😽


Sunday, September 13, 2020

Cara Merawat Mata Kucing

 Hai assalamualaikum. Dah la gile tak buka blog. Allahuakbar. Busy sangat kan dengan hal dunia. Padahal xde mood. And busy jugak la. Busy berkebun and rawat kucing. Harini aku nak share mcm mana nak rawat kucing yang sakit mata. Ni cara aku yang kekangan duit dan dan ruang utk ke veterinar. Kalau ada duit dan peluang pergilah veterinar. Lagi efisien even perlukan duit😊


Citernya macam ni. Jiran aku mengadu ada orang buang kitten dekat rumah dia and kitten tu sakit mata. Mata hampir pecah bernanah. Aku ni memang pantang kalau kucing sakit. Jadi kesian weh. Aku nk ckp cat lover ni takdelah sgt. Tp aku mudah kesian kat kucing. Petang tu aku pergi ambik la kucing tu. Masa tu kesian gila. Kucing tu duduk bawah motor. Lemah je. Dengan mata nk terkeluar. Btw, umur kitten dlm 2/3 bulan cmtu kot.

Sampai je rumah aku terus cuci mata dia. Letak ubat and bagi makan. Masa tu bg kibbles Equilibrio Kitten. Tp 2 hari je mkn lepas tu dia tak suka. Aku terpaksa gaulkan kibbles dengan ikan. Sebab aku ambik dah petang aku just biarkan dia biasa dengan bau dan kawasan rumah aku. 

25 Ogos 2020
Sebelum aku ambik

Selepas aku lap mata and muka. Muka dia penuh dengan kotoran. Entah apa bende. Mcm tahi mata yg dah keras bercampur bulu& tanah. 

26 Ogos 2020. Cage baru sampai. Macam mana eh kalau yang buang dia tengok kehidupan dia sekarang😼

Masa ni mcm lagi kibbles Equilibrio Kitten. Lepas 2 hari kau memilih ye. Tak sedor diri.
28 Ogos 2020. Tersembur biji mata😭



30 Ogos
Dia tidur mata tertutup satu, mata terbuka satu😂

Dah boleh tutup dengan tgn aku. Semakin kurang bengkak

Dah cuci gigi. Gigi dia memang teruk sebab dia makan apa entah. Aku lap gigi and gusi dia dengan tisu. Gigi dia dh reput. Masa aku lap habis berdarah gusi.


8 September 2020
Dah menjerit engkauuuuu



10 September 2020. Dh cantik dah mata. Tp x okay lg sebenarnya. Masih ada selaput.

Ni gambar hari kedua. Kesian betul. Aku dah sediakan tempat lain tp dia nak tido sini nk buat camnoooooo.

Aishhhh dah panjang aku berceritaz berpuluh gambar aku upload. Hihi. Kan tak ingat nak share mcm mana nak rawat mata mata tersembul dia. 

1) Aku lap mata dia. And lap muka dia. Buang kotoran kat situ. And aku letak ubat. Aku share gambar ubat. Lap mata tiap kali ada tahi mata. Sebab mata dia bengkak, so tahi mata mata dia selalu keluar.

2)Sebab dia tersangat kotor dan busuk, aku mandikan dia. Mandikan pun salah satu step sbb taknak badan dia kotor. Kotor2 nanti lagi teruk mata mata dia. Hari kedua aku mandikan dia. 

Ni haaa ubat yg aku guna untuk letak kat mata dia. Harga kurang RM10. Aku beli kat shopee. Rasanya kat farmasi biasa pun ada🥰

Ni link shopee: 
https://shopee.com.my/product/21226016/2521206736?smtt=0.0.9

Dah selesa. Cukup makan minum😽


Betina tp nama Pok Abu ahahhaha

Tu je la sharing aku petang ni. Nanti aku nk share ape benda yg owner kucing perlukan. Haritu dah pernah tulis tp lepas setahun rasanya ada benda yang perlu update🥰 Malam nanti aku tulis ya. 





Thursday, April 23, 2020

CARA MENCAMPUR TANAH UNTUK MENANAM SAYUR

Haiiii assalamualaikum.

Agak lama aku mendiamkan diri dalam blog kan. Selain daripada malas bertingkat- tingkat, aku busy sebenarnya. Busy dengan kucing dan berkebun. Haaa nampak tak? Aku dah tambah hobi aku. Kucing+ masak dan berkebun. Berkebun tu hobi lame tapi baru direalisasikan.

Aku ni duk kat kampung so cara berkebun pun kampung lah. Takda pasu yang vasssss. Guma guna apa yang ada. Plastik beras, bekas cat, bekas sabun. Ahakkkk asal jadi je kan😆

Asalnya, tanah rumah aku sangat tak subur. Kalau tanam kangkung memang tak hidup. Tanah keras. Dengan cuaca panas memang tak jalan la. Dah banyak kali aku tanam still takde hasil. Sekarang nk pun takde hasil lagi tapi ada lah sedikit peningkatan even baru sebulan berjinak jinak🤪

Aku tak pandai lagi berkebun. Bukan professional. Bukan reti sangat. Tapi semangat nak share tu berkobar-kobar. Gituuuuu. Seperti yang aku mention kat atas, aku ada masalah tanah. Tanah depan rumah keras dan tak subur, tanah belakang rumah berpaya.

Aku tak guna 💯 tanah hitam or tanah berbaja dekat nurseri. Tak mampu. Kalau mampu boleh beli tanah tu. Rezeki aku, ada jiran nampak aku macam nak start menanam kan, dia offee tanah hitam kat rumah dia. Aku pun apelagi, angkut 3 baldi dengan motor. Tapi 3 baldi manalah cukup untuk tanam pokok2 idaman aku.

Cara aku ialah campur tanah. Aku ambik tanah paya belakang rumah campur dengan tanah hitam. Nisbah campuran 1:1. Contoh, tanah paya 1 baldi+ tanah hitam 1 baldi. Nk jimat kan.

💯 tanah paya

50% tanah paya+50% tanah hitam

Jadi la macam ni. Tak hitam sangat tak coklat sangat. Sedang2 sahaja.

Kat bawah ni aku share beberapa pokok aku yang berumur 4-5 hari menggunakan tanah ni. Tadi aku cakap aku berkebun dah sebulan. Time aku aku tengah eksperimen tanah. Ada pokok yang mati, ada yang hidup segan mati takmauuu.

Kangkung 5 hari


 Kangkung 4 hari. Aku guna keratan batang je. Takde biji benih musim PKP ni. Guna apa yang ada.

Serai. Serai ni aku gembur2 tanah yang dah ada pastu letak tanah hitam kat tepi2 tu. Tanah original tu keras so kene gembur and siram sekali sehari. Baru akar dia bebas.


Macam2 ada. Haritu tak gemuk cam ni. Yang ni teknik sama macam serai. Gembur+siram selalu.

Beza kan gambar betik yang atas dengan yang ni. Yang ni ambik gambar td, yang atas seminggu lepas.

Ni lada mak aku. Bangga dia lada dia gemok.

Btw, tak semestinye kena guna tanah paya. Guna je tanah yang ada. Cuma kena gembur and siram selalu. Kalau mampu lebihkan tanah hitam. Kalau mampu lagi, guna tanah hitam sepenuhnya. Setakat ni aku tak guna baja lagi. Cuma kadang2 siram dengan air basuhan beras. 

Kangkung anak sulung. First ambik ni. Ni tanam tepi paya🥴

Okayyu tu je. Nk bagi kucing makan lak🤪 Jumpa lagi edisi seterusnya 😊

Wednesday, March 18, 2020

Resepi Oat Untuk Turunkan Berat Badan

Assalamualaikum. Sementara tunggu Subuh, aku ak share resepi- resepi oat yang sedap tetapi mampu menurunkan berat badan. Oat ni macam nasi jugak. Takboleh makan single macam tu. Kena ada kawan2 lain. Nasi biasanya kita makan dengan lauk seperti protein manakala oat boleh dipadankan dengan buah- buahan.

Untuk oat, aku memang suka padankan dengan pisang. Namun begitu, kekadang aku juga menggunakan buah naga& mangga. Buah lain pun boleh tapi buah ni paling simple dan sedap🥰

Aku guna rolled oats. Pure rolled oat. Takde bahan lain. Cuma time nk makan kau kena rendam air at least 15 minit. Nak buat overnight kat pun boleh. Rendam siap2 lepas tu letak dalam peti. Nk letak topping sebelum masuk peti/ sebelum makan terpulang pada diri sendiri. Aku biasanya letak topping time nk makan.

Untuk resepi ni aku ada 2 jenis. Smoothie& oats with toppings.


Resepi 1:


1. Rolled oats 4 sudu makan
2. Air secukupnya
3. Sebiji epal hijau
4. 5gram butter


Resepi 2:
1) Rolled oats 5 sudu
2) Pisang sederhana 3 biji
3) Air secawan
4) Blend semua


1) Rolled oats 5 sudu
2) Dragonfruit 3 biji
3) Air secawan
4) Blend semua


Resepi 3:
1) Blend 3 sudu rolled oats bersama 1/2 mangga. Tuang ke dalam mangkuk. 1/2 mangga dipotong mengikut citarasa. Ni aku tambah nata de coco sikit. 


Resepi 4:
1) Blend 4 sudu oats, 3 biji pisang saiz sederhana. Tabur dengan kuaci. 

Resepi 4:
1) Oat direndam dengan sedikit susu. Suka hati nak guna susu segar/ susu tepung.
2) Topping dengan dragonfruit, pisang dan chia seed 

Resepi 5:
1) Rendam kat dengan secawan susu segar
2) Masak 2 biji pisang dengan 1 sudu butter sehingga perang

Resepi ni paling sedap sebab manis daripada caramelized pisang tu. 


Resepi ni memang ulang benda sama je. Kalau ada duit lebih gunalah buah2 yang best. Buah kiwi, buah fig, pisang pun boleh pelbagaikan. Sesetengah orang guna macam2 granola, walnut, kekacang dan macam2.

Kepada yang nk cuba jaga makan, nk makan oat tapi susah nak telan, insyallah dengan resepi ni korang mampu telan. Nanti aku share menu untuk lunch aku ya. Semestinye ada nasi🙊

Byeeeee👋👋👋👋👋👋👋

Wednesday, February 26, 2020

Scallops tumis bawang putih.

Assalamualaikum. 
Hari ni aku nk share mcm mana nk masak scallop selain drpd kukus/rebus. Bukan resepi complicated sgt pum. Simple and nice je. Mkn dengan nasi panas. Fuhhhh.

Bahan-bahan:
Scallop semangkuk kecil
Bawang putih 5 ulas
Cili 2 biji
Daun bawang 
Minyak
Garam dan perasa

Cara-cara:

1)  dan tumiPanaskan minyaks bawang putih sehingga kekuningan.
2) Masukkan scallops dan tunggu sehingga 5 minit.
3) Masukkan garam dan perasa
4) Masukkan cili& daun bawang
5) Tutup api jika cukup rasa😆 
6) Dah siap!

Simple sangat kan. Tp part nk cuci scallops tu ya ampun. Sejam berdiri. Aku cuci buang perut lilit dia. Kalau taknak buang pum takpe. Sesetengah orang masak sekali dengan shell. Tp scallops yang aku beli ni penuh lumpur. So kene hati-hati sikit. 

Selamat mencuba. Jumpa resepi akan datang🍀

Wednesday, February 19, 2020

Sambal ayam penyet mudah dan cepat.

Assalamualaikum. 
Dari semalam rasa teringin nak makan ayam penyet dengan sambal pedas2. So, pagi ni awal2 dh siapkan sambal penyet. Nanti lunch nak cedok je letak dalam pinggan. Bahan dia simple sangat. Tanpa belacan dan ikan bilis. Memang pure cili cuma tambah bawang dan tomato.



Bahan- bahan:
Cili 15biji*
Bawang merah kecik 2 ulas*
Bawang putih 4 ulas*
Tomato sebijii*
Garam secukup rasa.
Perasa jika perlu.

Cara-cara:
Goreng semua bahan bertanda sehingga sedikit garing.
Angkat dan blend dengan sedikit air. 
Masak balik atas kuali sehingga pecah minyak. 
Masukkan garam dan perasa. 
Siap.



Makan dengan nasi and ayam goreng. Bertambah- tambah. Aishhh tak sabar nak lunch ni😆😆😆

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la ...