It's monday and aku lapor. Aku memang tiap hari lapo bukan isnin je😑😑😑 Pagi td mkn nasi goreng tp hurmm bukan kenyang. Pastu aku teringin sgt spageti. Tapi bahan ngakkkk ada. Yelah aku imagine nk buat ni kne ada udang, mix herb, serbuk cili and etc.
Tp kt rumah ni vermicelli je ada. Aku fikir sdp ke idok aglio olio ni gune bnde ni. Satu lg bahan2 dia boring je. Tp aku nk try buat gak. Aku fikir, sauted je la bawang putih pastu letok ayam sikit😅 Aku tgk peti pastu jupe sosej, sotong and brokoli.
Nahhh benda alah ni . Tp ni ikut suka la nk guna yg mane. Ikut selere masing2. Tak gituwwww
Ni je gambor dan amik sbb lapo sgt. X tahan mcm sedap je🥴🥴🥴
So, aku nk share resepi even x cukup bahan sgt. Tp bila siap rasanya sedapp gile. Patutlah org selalu buat. Aku umur 23 x prnh buat🤭
Bahan-bahan:
1. Bawang putih (6 dicincang halus)
2. Isi ayam (suka hati, asal puas hati)
3. Sosej (aku guna satu je sbb aku je nk mkn)
4. Sotong (suka hati, secukup mulut nk mkn)
5. Serbuk oregano (sikit je)
6. Lada kering ( aku letak 4 tp pedas, xsesuai utk budak kecik)
7) Minyak masak (2sudu kecik)
8) Garam (satu sudu kecik)
9) Perasa (secubit jerrr)
10) Brokoli sikitttt
Cara-cara:
1) Panaskan minyak. Masukkan bawang putih. Aku terhangit sikit tp aroma die jadi sedap. Bau garlic kn best. Bg aku lah.
2) Masukkan lada kering yg dihiris halus. Nk bg rasa pedas2 sikit.
3. Masukkan ayam. Biarkan sampai ayam masak. Masa ni aku tambah air sikit nk bagi ayam tu betul2 masak.
4. Masukkan sosej dan sotong. Masa ni aku tmbah air dalam 2 sudu. Nk bg sotong n sosej tu msk elok. Jgn lupa brokoli. Campak je sekali.
5. Masukkan kn oregano, garam and perasa. Time ni bau die perghhh. Sedap baunyaaaa.
6. Last sekali, masukkan spageti atau ape2 yg disukai. Pastikan rebus dlu okay sampai lembut. Lepas masuk spageti tu, kacau2 jap. Kalau dah sedap, tutup api. Letak dalam pinggan, sudukan dalam mulut😜😜
Senang je kan. Tp trust me, sedap. Hahahhahahaa kan dh byk kali ulang. Btw, nk tukar sotong tu kepada udang pum boleh. Kalau kaye, salmon lg sdp kot. Kalau salmon ni gigil aku.
Haaa tu je utk hri ni. Esok aku nk buat nasi ayam. Nanti aku update okay🥰😆
No comments:
Post a Comment