Hai assalamualaikum. Sebenarnye dh lame teringin nk makan and buat sendiri agar-agar ni. Sepanjang 23 tahun hidup, aku x pernah buat. So utk first time ni mmg kne study betul2 la. Google resepi, tgk video dekat utube. Bace tips berapa liter air untuk setiap gram agar-agar.
Hari ni nak buat, semalam aku dah sediakan bahan2 penting. Kutip daun pandan, sediakan santan freshhh. Daun pandan aku ambik dalam 12 helai. Sebab kononnye taknak guna colouring, nk pure pandan tp warnanya kurang hijau. Biasalah bende original kan. Pandan tu tu dah blend dengan 150ml air.
Pokok pandan depan rumah, bawah pokok duku and mangosteen 🌳
Ni tips untuk buat agar-agar tali okay:
1. 10 gram agar-agar- 1L air
2. So aku guna yang 20 gram maksudnye 2L air
3. Aku bahagikan kepada 150ml air pandan, 500ml santan and 1350ml air. So genap 2000ml.
Tanpa buang masa jum kita tengok bahan dan cara-cara buat agar-agar pandan bersantan. Bahan dia simple sgt dan kosnya sederhana sahaja.
Bahan-bahan:
💌Agar-agar tali- 20gram. Tak kisah brand apa2
💌 Daun pandan- 6 helai, diblender dengan 150ml air dan ditapis
💌 Air- 1350ml
💌 Santan- 500ml
💌 Telur- 2 biji
💌 Gula- 3 cawan
💌 Garam secubit
💌 Esen vanilla- satu sudu kecil
Cara- cara:
🖤 Larutkan agar-agar dengan 1350ml air
🖤 Apabila agar-agar sudah larut, masukkan gula, air pandan, gula, garam dan esen vanilla
🖤 Kacau sehingga bahan-bahan larut
🖤 Pecahkan telur dan masukkan ke dalam santan. Kacau sehinggan rata.
🖤 Masukkan santan ke dalam periuk. Biarkan mendidih dan membuak. Pastikan kacau selalu untuk elak tumpah.
🖤 Tambah gula dan garam mengikut kehendak masing-masing
🖤 Apabila santan sudah berbiji, tutup api dan masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan.
🖤 Tunggu sehingga agar-agar terbentuk
🖤 Letak dalam peti jika mahu makan sejuk-sejuk
Fresh coconut milk
Telur
Jus pandan😛
Dapatlah banyak ni
Dahhhh
Menu ni sesuai la untuk orang nk jimat kos mcm aku. Dah la simple tp sedap. Agar-agar xsampai RM5, santan ambik kelapa belakang rumah, kalau beli RM3, gula and telur mungkin RM3 kot. Hihi.
Menu ni sesuai makan semasa cuaca panas2 macam ni. Nk2 yang dah disejukkan dalam peti sejuk. Selamat mencubaaa😊
No comments:
Post a Comment