Saturday, August 17, 2019

PAPRIK AYAM TANPA SAYUR.

Haiiii assalamualaikum. 
Semalam aku dah masak asam pedas tempoyak ikan lampan. Dah raya haji yg kelapan. Dh bosan makan daging. Dan juga kehabisan bahan nk masak.

Fikir2, nk masak paprik ayam lah. Tp xde sayur. Ayam je ada. Lantak la, buat je asal boleh makan. Tak gituw. Lagipun bahan2 simple je. Asal ade perencah tomyam. Terus on. 

Actually, semalam dah mkn tomyam jugak, tp tekstur tomyam dengan paprik lain kn kn kn. Alasan, padahal memang suka makan😝

Tanpa membuang masa jum kite tengok bahan dan resepi.

Bahan2: 

🍈 Bawang merah 3 ulas
🍈 Bawang putih 3 ulas
🍈 Lada giling 1 sudu besar
🍈 Halia seinci
🍈 Halia 3 batang
🍈 Daun limau purut 3 helai
🍈 Ayam 1/2 kg
🍈 Perencah tomyam sebungkus
🍈 Sos tiram 1 sudu besar
🍈 Sos Sos 1 sudu besar
🍈 Garam secukup rasa
🍈 Perasa secukup rasa
🍈 Tomato sebiji





Cara-cara:

πŸ‡ Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang telah diblender.
πŸ‡ Selepas bawang garing masukkan lada giling.
πŸ‡ Apabila bahan tadi pecah minyak, masukkan sos tiram, sos cili, garam, perasa. Tambah sedikit air. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi.
πŸ‡ Masukkan serai dan dan limau purut. Kacau rata.
πŸ‡ Masukkan ayam. Gaul sebati. Setelah sebati, tambah secawan air untuk memastikan ayam betul-betul masak.
πŸ‡ Tunggu sehingga masak. Adjust tahap kemasinan mengikut preference masing2. Tambah gula jika perlu. 
πŸ‡ Masukkan tomata untuk rasa masam2 sikit
πŸ‡ Dah masak? Jum makan

Dah siappp. Senang gila resepi ni. Campak2 pastu makan. Boleh la cuba cuba. Insyallah sedapπŸ…πŸ…πŸ…


No comments:

Post a Comment

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la ...