Tuesday, July 30, 2019

PETANG




Petang, 
Betulkah tenang? 
Mampukah menjawab pelbagai soalan?

Terkadang,
Aku ingin menjauh fikiran,
Daripada pertanyaan.

Melayang,
Hati gusar untuk melayan,
Kecamuk perasaan.

Tercari,
Apakah mimpi?
Apakah impian?

Dicari,
Ramai yang mencari,
Kesana kemari.

Tapi aku ?
Tetap kaku disini.
Mendiam diri.
Menjauh mimpi.

Aku pernah sakit,
Jatuh,
Aku kutip,
Kembali aku bangkit.

Merenung,
Jauh,
Harapan membukit,
Setinggi gunung.

Aku, 
Melepaskan lelah,
Sebentar.

Aku, 
Mendiamkan sekejap.
Menjauh sebentar.
Mencari makna mimpi.

Aku,
Mendiri,
Agar aku lebih memahami.
Menghargai.
Diri sendiri.




No comments:

Post a Comment

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la ...