Thursday, August 29, 2019

KACANG PANJANG GORENG BERSAMA HATI AYAM DAN LOBAK MERAH

Pagi-pagi terfikir nk masak apa hari ni. Lepas tu teringat aku dah siapkan bahan nk masak untuk hari ni. Sebab dua orang je makan, aku nak masak se simple yang boleh. So menu hari ni ialah kacang panjang goreng bersama hati ayam dan lobak merah. Actually, aku beli ayam seekor semalam so ada lah hati. Tujuan aku beli kacang panjang dengan lobak tu aku nk buat paprik ayam. So, lebihan tu tu boleh la buat lauk hari ni.



So ini bahan dan cara nk buat kacang panjang goreng.

Bahan-bahan:
🍁 Kacang panjang 15 urat
🍁 1/2 lobak merah
🍁 Hati ayam daripada seekor ayam
🍁 Bawang merah 2 ulas (dimayang)
🍁 Bawang putih dua ulas ( dimayang)
🍁 Sos tiram satu sudu kecil
🍁 Cili 5 biji (dimayang)
🍁Minyak secukupnya
🍁 Garam dan serbuk perasa secukup rasa
🍁 Air 100ml

Cara-cara:
πŸ•Š️ Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
πŸ•Š️ Masukkan hati ayam. Masukkan sedikit air untuk pastikan hati ayam masak.
πŸ•Š️ Masukkan garam, perasa, sos tiram dan cili, kacau sehingga sebati
πŸ•Š️ Selepas hati ayam masak, masukkan kacang panjang dan lobak merah. Kacau rata. Tunggu sekejap dan masukkan air untuk membantu bahan empuk.
πŸ•Š️ Jika rasa sudah mencukupi dan kacang serta lobak merah sudah empuk, maka sedia untuk dihidang. 



Makan dengan nasi panas2. Ni aku bakar ikan dengan vantage magic pan. Ikan kerisi. Cuma lumurkan serbuk kunyit dan garam. Pastu bakar🏡️





No comments:

Post a Comment

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la ...