Friday, September 13, 2019

BARANG-BARANG KEPERLUAN UNTUK KUCING AKU๐Ÿฑ๐Ÿˆ

Disclaimer: Barang aku tak bermaksud orang lain kena ada. Barang org lain tak bermaksud aku kena ada sebab keperluan kucing berbeza๐Ÿ˜Š

Kucing pum kena ada barang jugak gaisssss. Dia pum ada sakit jugak ๐Ÿ˜œ Tapi barang aku x lengkap pum. Hihihi. Aku saje je nak share apa benda yang aku sanggup beli untuk kucengg2 aku. Mungkin x berguna buat masa sekarang tp masa depan tiada yang tahuuuuu.

๐ŸŒบ Ubat ubatan
Benda yang paling penting untuk kucing-kucing ialah ubat. Ada beberapa jenis ubat yang aku sediakan untuk kucing aku. Antaranya:

๐ŸŒพ Ubat cacing
Aku memilih Drontal plus untuk kucing2 aku. Aku beli dekat shopee harga dalam RM6 sebiji. Sebiji untuk 10kg kucing. So, kne bagi ikut berat kucing. Contoh, kalau kucing berat 2.5kg, beri 1/4 biji sahaja. ubat cacing boleh diberi sebanyak 2-3 kali setahun


๐ŸŒพ Ubat fungus
Ubat ni bertujuan untuk melegakan gatal-gatal atau kurap pada kucing. Ubat ni jugak mampu membantu menyembuhkan luka pada kucing. Biasanya aku letak ubat ni. Aku beli dekat shopee jugak nama dia " Ecto pour-on Booster" harga dalam RM6 jugak untuk 10ml. Cuma titiskan pada bahagian yang diperlukan kepada kucing

๐ŸŒพ Ubat cirit birit
Aku pun sediakan ubat ni sebab kadang2 kucing poo poo tak normal. Kalau ada masalah cirit birit ni, aku terus bagi ubat ni dan tengok macam mana keadaan poop dia lepas tu. Harga dalam RM6 untuk 10ml.Ni pum beli dekat shopee

๐ŸŒพUbat kutu kucing
Ni ubat paling penting untuk kucing outdoor. Kucing aku both. Tapi tidur kat luar rumah. So sebab aku ni rumah kampung, lagi mudah kucing dijangkiti kutu. Tambah kalau dorang jumpa stray cat yang lain. So, dalam 3 bulan sekali aku akan cek keadaan bulu kucing aku. Setakat ni dah 5-6 bulan kucing aku bebas kutu.



๐ŸŒพ Ubat mata 
Disebabkan aku ada kitten sebanyak 6 ekor yang berumur 1 bulan dan seekor 2 bulan, aku wajib sediakan ubat ni. Mak dorang tak sempat nak jaga one by one sebab ramai sangat. Masa first beranak dulu, anak2 kucing sihat je sebab cuma 2 ekor. Sempat nak rawat satu2. Bila dah 6 ekor ni, memang aku yang ken jadi ibu kedua. Actually, untuk ubat mata ni, aku guna ubat mata manusia "eye glo" je. Sebab tiba2 je dorang sakit mata. Aku dah try lap dengan tisu basah tp paling terkejut bil aku lap mata dorang bengkak merah bertahi mcm nak bernanah. Nak beli ubat online tak sempat, paling susah sebab kawasan rumah aku xde pet centre or pet veterinar. So, terpaksa guna eye glo. Alhamdulillah. Nampak perubahan. Mata Si Momo xleh bukak, td nampaknya agak okay. 
Ni khas untuk masalah sore, swollen and watery.

๐ŸŒบ Botol susu dan sryinge
Sebelum kucing aku melahirkan, aku memang dah sediakan sryinge dan botol susu. Kita taktau apa akan jadi kan. Aku dah get ready sebelum apa2 berlaku๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ 

๐ŸŒบ Cat litter, litter box, scoop
Ni pum aku sediakan tapi dorang tak berminat๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’๐Ÿ˜’ Dorang lagi suka berak kat pasir originalllll. Tp aku sedikan untuk kitten bila dorang dah pandai ๐Ÿ’ฉ nanti.

Yg aku beli ni sesuai la untuk kucing besar gedabak camni๐Ÿ˜‚

Litter box tu RM5.70, scoop tu RM3.90 camtu lah kat shopee. 

Ni pasir bentonite. Aku x suka. Taktau kalau jenama ni je yg problem. Berhabuk. Aku beli bau apple. Lepas kucing berak je bau dia jd lagi busuk. Xbau apple dah, taktau nk explain camne.



Sekarang, aku tengah guna yang ni. Kalau kucing pee pee kayu tu akan jd serbuk. Xyh scoop. Scoop bila dia poo poo je. Harga RM35 utk 10kg dekat shopee.

๐ŸŒบ Bekas makanan dan minuman
Yang ni aku beli dekat kedai RM2 je, tu pun mangkuk biasa je. Senang & simple Tp aku rasa nak beli bekas lain yang lg besarrrr. Bekas yang yang sekarang kecik. 

๐ŸŒบ Cage
Aku beli ni pum sebab ibu tu nak nak beranak. Selesa sikit untuk dorang. At least anak dia boleh duduk diam dalam tu. Tp sekarang tak diammmmm dah. Baru 30 hari. Kakak is stresss. Dorang boleh keluar masuk dalam cage tu. Sukahati korang la oiiiiiii. Asal bahagia.

Tu je la sharing untuk hari ni. Semoga memberi manfaat. Mana tau keperluan kucing kita ada yang sama. Kan kan kan๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹๐Ÿ’‹


2 comments:

  1. Replies
    1. boleh je. tp kena pantau la. kalau semakin positif okay la.saya pernah guna untuk kucing saya

      Delete

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la ...