Sunday, September 8, 2019

BENDI GORENG BERTELUR

Haiiii. Assalamualaikum. Hari ni aku nak share satu resepi simple tp sedap iaitu bendi goreng bersama telur.

 Aku jarang beli, masak atau makan bendi. Entahlah kenapa. Whatever it is, aku suka je bendi. Nak2 kalau goreng bersama telur. Nak masak bendi ni senang je. Bahan pun simple sangat dan juga cepat. 


Bahan-bahan:
๐Ÿ’• Bendi 15 batang
๐Ÿ’• Telur gred A sebiji
๐Ÿ’• Bawang putih 2 ulas diketuk
๐Ÿ’• Sos tiram setengah sudu
๐Ÿ’• Garam secukup rasa
๐Ÿ’• Minyak secukupnya
๐Ÿ’• Air untuk melembutkan bendi

Cara-cara:
๐Ÿ Panaskan minyak dan tumis bawang putih
๐Ÿ Masukkan sos tiram dan bendi
๐ŸMasukkan air dan garam
๐Ÿ Jika bendi separuh masak, pecahkan sebiji telur dan kacau perlahan
๐Ÿ Tunggu sekejap, siap!

Simple sangat resepi ini. Kalau nak tambah bawang merah, ikan bilis pum boleh. Sebab aku nak light2 je, aku buat macam ni. Selamat mencuba๐Ÿ’‹๐ŸฆŠ

No comments:

Post a Comment

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la ...