Nasi ayam ni memang favourite aku. Makan tiap minggu pum tak boring. Sebelum ni aku buat nasi ayam biasa je. Tp 2 3 hari lepas aku teringin sangat nk makan ayam stim. Lepas fikir2 balik, xkan nk makan ayam stim dengan nasi putih. Tak cukup syok la. Baik buat nasi ayam yang light2 je. Pastu buat ulam taugeh. Bukan timun atau salad biasa tu. Baru padan dengan ayam stim tuπ
Aku x buat sos cili sebab dah penat bertungkus lumus dengan 4 benda niπ
1) Nasi
π Beras 2 pot
π Lemak ayam ( aku ambik dari kulit2 ayam)
π Halia
π Bawang putih
π Garam
π Perasa
π Tumis lemak ayam bersama halia dan bawang putih sehingga naik bau.
π Masukkan beras dan dan air secukupnya. Jumlah air seperti kita masak nasi biasa.
* Kalau nak guna air rebusan ayam@ kiub ayam pum okay. Aku malas so aku guna air biasa je la. Tu pum okay sebab aku gune lemak ayam. Kalau taknak guna lemak ayam tukar kepada minyak masak pum takpeπ
2) Ayam
π Ayam secukupnya
π Sos tiram 2 sudu
π Bawang putih 2 ulas dimayang
π Halia seinci dimayang
π Minyak bijan setengah sudu
π Garam dan perisa secukupnya
π Daun bawang dan dan sup dimayang
π¦ Perap ayam bersama garam, perasa, sos tiram, minyak bijan, halia dan bawang putih selama setengah jam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang
π¦ Panaskan periuk kukusan
π¦ Letakkan beberapa batang daun sup serta daun bawang didalam loyang
π¦ Letakkan ayam yang diperap diatas daun sup dan daun bawang
π¦ Setelah air mendidih, letakkan loyang berisi ayam
π¦ Kukus selama 2 jam untuk memastikan ayam betul-betul lembut.
π¦ Setelah masak, tabur dengan daun bawang. Siap!
3) Taugeh
πΎ 2 genggam taugeh
πΎ Sesudu sos tiram
πΎ 1/2 cawan air
πΎ Garam dan perasa secukup rasa
π¦ Rebus taugeh dalam air panas selama seminit.
π¦ Tapis taugeh dan letakkan ke dalam pinggan
π¦ Dalam periuk lain, masukkan semua bahan selain taugeh dan masak sehingga mendidih.
π¦ Jika sudah masak, tuangkan ke dalam taugeh didalam pinggan
π¦ Taburkan daun bawang. Siap !
4) Sos/sambal halia
π Halia 3 inci
π Bawang putih 2 ulas
π Daun bawang sehelai
π Garam secukupnya
π 1 sudu besar minyak
π± Blender bawang putih dan halia
π± Tapis dan ambil hampasnya sahaja. Buang air
π±Gaul dengan garam dan daun bawang
π± Panaskan minyak. Bila minyak dah panas siram minyak ke atas bahan tadi. Siap!
Dah siap nasi ayam hainan versi simple. Rumit jugak sebenarnya tp worth it. Resepi boleh la makan 4 org. Tp bergantung kpd kuantiti kepada individu jugakkkk. Selamat mencubaπππ
Btw, resepi ni takde sup. Sebab aku amik sup dari ayam stim tu je. Dah cukupπππ
No comments:
Post a Comment