Wednesday, September 18, 2019

IKAN KEMBUNG MASAK MERAH

Hari ni aku nak share satu resepi senang untuk dijadikan lauk bertemankan nasi iaitu ikan kembung masak merah. Kalau nk gune ikan lain pun boleh. Macam ikan tongkol, selayang, selar dan lain-lain. Ni aku buat untuk 2 orang makan je😁


Bahan-bahan:
πŸŽ€ Ikan kembung bersaiz sederhana 2 ekor
πŸŽ€ Bawang merah 4 ulas (diblend)
πŸŽ€ Bawang putih 3 ulas (diblend)
πŸŽ€ Halia 1/2 inci ( diblend)
πŸŽ€ 2 sudu cili giling
πŸŽ€ Satu biji bawang holland
πŸŽ€ Satu biji tomato
πŸŽ€ Satu sudu sos cili dan tiram
πŸŽ€ Cili 5 biji
πŸŽ€ Garam dan perasa secukup rasa

Cara-cara:
🎈 Goreng ikan yang diperasa dengan serbuk kunyit dan garam sehingga masak
🎈 Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang diblend sehingga masak
🎈 Masukkan lada giling dan masak sehingga pecah minyak
🎈 Masukkan sedikit air, sos cili, sos tiram, garam dan perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi
🎈 Masukkan bawang holland, cili dan tomato dan gaul rata.
🎈 Akhir sekali, masukkan ikan dan gaul. Siap!



🎐 Resepi ni mudah sangat. Btw, garam tu kalau dah masin xyh letakπŸ˜„ Kalau suka manis boleh la tambah gula. Tengok atas keperluan masing-masing ya. 

No comments:

Post a Comment

Pemandulan Kucing Betina& Jantan

 Assalamualaikum. Today I nak share pasal I mandulkan kucing betina I yang sakit mata tu. Kalau nk tengok macam mana mata dia dulu boleh la ...